But, no wonder saya suka durang sebab dua-dua hensem. Yang satu orang, saya ingat lagi, muka dia mcm babyface, ala-ala Korea tapi mata dia tidak sepet, bulat :) Tapi, masa tu rambut dia ampal sikit lah. hehe. Smpai sekrang saya tidak lagi jumpa dia. hahah. mungkin berubah sdh kali kan muka dia. Tapi dia baik lah, prnah satu kali saya brgaduh sama kwn sy, dia sokong sy ni. hehe.
yg kedua pun hensem juga, tpi tdk babyface, tpi dia ada tahi lalat & lesung pipit ;) Dia saya masih jmpa lagi. I can say that, he's my bestfriend yg lelaki masa di tadika. Sy gelar dia Capital I. Sekarang ini dia sekolah di sekolah sains.
Saya masih ingat lagi, masa awal pagi tu.. oleh sebab mama saya kena pergi sekolah seawal jam 6.30 pagi, saya pun automatik datang prgi tadika seawal jam 6.30 pagi. Padahal kami mula belajar jam 7.30 pagi. Si Capital I pun selalu dtg awal prgi sekolah sbb mama dia pn cikgu juga. Kdang-kdang kami tersama-sama.
Lepas tu masa tu, Alhamdulillah, cikgu saya pun datang awal, jadi mama sy tdklah susah hati mau kasi tinggal sy di luar. In the same time, si Capital I pun datang pd masa yg sama. Masa kami di kelas, dia terus pergi main di sudut permainan kami, tapi saya... terdiam. tdk tahu apa mau buat.
Masa tu ngam2, anak cikgu kami ada di sana. Dia besar sdh dari kmi, kira-kira tahun 5 lah gitu, tapi tinggi betul ni mcm tingkatan sdh. Seriously. Jahat ni tu ank cikgu kmi. Dia mau kasi takut-takut ni saya. Dia mau kunci kami di dalam tadika. Tapi sebenarnya dia main-main saja.
Lepas tu apa lagi, saya menangislah. Then, si Capital I pun ckap lah sama saya,
"Sudahlah tu, jangan lagi nangis."
Lepas tu dia bawa saya pergi main ayunan di luar. Lepas tu, masa dia bawa saya main ayunan tu, dia cakap lagi,
"Sudahlah tu. Jangan lagi nangis. Dia main-main saja bah tu. Lega sudah kan?"
Lepas tu, dia senyum. Sweet? Hahaha. Sweet lah sangat ;)
Ada satu lagi peristiwa yg paling saya tdk dapat lupa pasal dia. haha. Masa tu kan, mau pulang sudah bah tu. Lepas tu, ni bestfriend saya (dia bestfriend sy yg perempuan pling saya rapat), saya panggil dia si Epi (bkn nama sebenar), dia bagi surat cinta sama si Capital I bah tu.
Siap bagi pesanan lagi,
"Jangan kasi tengok orang lain!"
Lepas tu, saya cakap lah pelan-pelan sama si Capital I,
"Kasi tengok saya."
Oleh sebab saya antara orang yg dia agak percaya :p , dia tengok dulu, baru dia kasi tengok saya, and seriously, saya rasa lucu ni, siap ada gmbar hindustan lagi yang kenaambil di buku Astro. xD
Ada lagi satu kali, masa tu mau pulang sdh bah tu, saya pulang lambat, sebab biasalah, mama saya buat kerja lagi di sekolah. Jadi cikgu saya, dia minta tolong saya kasi bersih-bersih lah tu bilik darjah, dapur semua. Pastu ada satu kali saya keluar lah di luar, nad guess what?
Saya ternampak ular tedung warna kebiruan menyusur ni. Tapi tu ular tdk nampak saya. Oleh sebab terkejut, saya terus masuk balik & terus saya kasitau cikgu saya. Pastu, cikgu saya kasi tenang saya lah.
Bagi saya, cikgu saya merupakan seorang cikgu yang sangat penyabar. SANGAT. Sebab kalau dia mau tegur kami pun bukan dengan cara marah-marah. Kadang-kadang saja dia marah kami. Dia juga seorang yang friendly, dia selalu bawa saya cerita kalau time saya lambat kena ambil. Nama dia cikgu Milah. Saya panggil dia cikgu Mia.
Ada satu lagi kenangan yg saya tdk dapat lupakan. Asal kalau pulang dari tadika, terus kami semua berebut mau naik tu ayunan ni. hehe. sampai tu ayunan patah. hahahha. tu pak cik marah-marah lagi ni sama kami.
Itulah sebahagian dari kenangan saya di tadika. Saya tidak akn lupa ni kenangan sampai bila-bila. Because it is too sweet to forget this memories :)
Insyaallah, ada masa saya mahu berkunjung balik pergi di tadika saya. hehe.
Btw, hey readers! Thanks for read this story from the start till the end. I appreciate it. You had read half of my life story :D
Insyaallah. Jika ada umur dan jodoh yang panjang. Kita jumpa lagi di lain lembaran. Insyaallah, aamiin. Wassalam. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment