Alhamdulillah. Dengan izin Allah, kita dapat bertemu kembali di lembaran yang baru dan tahun yang baru bagi Islam, iaitu Maal Hijrah.
I will tell you guys about my 'Maal Hijrah' story (:
Kira-kira 4 hari yang lalu, saya telah mengikuti camping Puteri Islam. Sebenarnya, mula2 saya confuse mana satu mau ikut. Camp Sains di Kundasang kah, atau camp Puteri Islam di sekolah.
Cikgu sarankan saya ikut tu camp sains sbb camp puteri islam bila-bila saja. Pastu, muktamad lah sudah kenen mau ikut camp sains, padahal dlm hati masih 2 hati.
Then, masa pergi di anjung pentadbiran tu, dgn tdk sengaja terjumpa sama kakak Timb.Pengerusi PPIM,
Ngam2 masa tu diorang mau bagi tu surat kebenaran, masa tu kawan sy tnya sama kakak Timb.Pengerusi kmi,
"Aik, ada lawatan pergi Poring?"
"Ya, ada."
Masa tu saya tersentak sekejap. Pastu saya ambil tu surat kebenaran yg ada di atas meja & saya tengok betul2. Lepas tu saya tanya lagi soalan yg sama dgn kak Timb.Pengerusi. Pastu betul2 ada lawatan pergi Poring. Masa tu, saya lagi tambah confuse mana satu saya mau prgi.
Keesokan harinya, saya sudah buat pilihan dan fikir masak2. Saya pilih camping PPIM. Sebabnya, pertama, ada lawatan prgi Poring, (lamaa sudah saya mau pergi Poring),
yang kedua, di senarai barang keperluan yg perlu dibawa tu ada kena tulis, "Tudung labuh/tudung yang melimpasi pinggang (jika ada)"
Ada apa dengan tudung labuh itu?
Sebab saya rasa tdk sabar mau pakai tudung labuh. Jarang2 saya pakai tudung labuh dan inilah masanya utk saya pakai.
Masa camp tu, terlalu banyak perkara yg brmanfaat saya dapat. Terutama sekali masa tazkirah lepas solat Maghrib & Isyak. Pelbagai cerita diceritakan oleh kakak2 senior yg menginsafkan saya.
Selain itu, aktivitinya juga agak berbeza. Kebiasaannya, kalau pengisian aktiviti camp ada malam kebudayaan dan malam burung pungguk gitu kan, tapi camp kali ini, malam kbudayaan kena tukar dgn mengulas isu-isu semasa yg serius spt, kes buang bayi dan pergaulan batas.
Kemudian, malam burung pungguk pula diganti dgn Si Gadis Buta, tapi yg ini tdk jadi kena buat sebab malam tu hujan lebat betul.
Lepas tu, masa yg mau pulang sudah tu, semua wajib pakai baju kurung dan tudung labuh. Kalau yang tiada tudung labuh mesti pkai tudung yg agak labuh. Masa tu confirm lah kami semua bergambar2.
Masa pulang rumah... saya check balik semua gambar2 kami yg pakai tudung labuh. Masa tulah saya rasa tudung labuh ni comel dan cantik bila dipakai. Semua gambar2 itu seolah-olah menjadi pendorong saya utk pakai tudung labuh.
Oleh itu, saya bertekad dan mahu mencuba utk pakai tudung labuh di mana-mana sahaja mulai hari ini. Itulah 'Hijrah' saya pada tahun ini. Semoga saya dpt m'capai & m'harunginya.
Kalau kakak senior boleh pakai tudung labuh di mana-mana saja, kenapa saya tdk boleh. Semoga saya dapat meneruskan 'Hijrah' saya ini. Aamiin. Doakan utk saya.
Itulah cerita Maal Hijrah saya pada kali ini. Insyaallah, dgn umur dan jodoh yg panjang, kita akan berjumpa di lain lembaran lagi. Wallahualam. Wassalam.
Sama kakak-kakak senior :)
Sama ahli-ahli PPIM :)
No comments:
Post a Comment