Sunday, 16 June 2013

A letter for you, Dad.. ^_^

Assalamualaikum and hey you guys!

Sempena "Hari Ayah" ni, saya mau wish "Happy Father's Day" dengan ayah saya, iaitu, Encik Md.Yusop. Kata-kata di bawah ni saya tujukan khas buat ayah saya serta bonda yang tercinta..

"Ayah dan ibu, semoga kalian sentiasa sihat walafiat, panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah S.W.T.

Ayah dan ibu, semoga Allah S.W.T menjauhkan kalian dari api neraka, malapetaka & seksaan kubur. Semoga kalian berdua bahagia di dunia akhirat.

Maafkanlah anakandamu ini jika ada silap dan salah. Maafkanlah anakanda mu ini jika pernah menjadi anak yang derhaka. Maafkanlah anakandamu ini jika pernah mengguris hatimu dengan percakapan atau perbuatan.

Sesungguhnya, pengorbananmu tidak terhingga. Kasih sayangmu engkau sentiasa curahkan.

Ibu, sesungguhnya, engkau adalah IBU YANG TERBAIK bagiku di dunia dan akhirat. Kerana engkau sanggup menanggung kepayahanmu mengandungkan aku selama 9 bulan dengan senyuman. Engkau bertarung dengan nyawamu hanya kerana untuk melahirkan aku.

Engkau sabar dalam menyusukan aku selama 2 tahun, dan sabar untuk melayan kerenah kami adik-beradik.

Ayah, sesungguhnya, engkau adalah AYAH YANG TERBAIK bagiku di dunia dan di akhirat. Kerana engkau sanggup menahan kepayahanmu semata-mata untuk menanggung kami. Engkau tidak mengenal erti penat dalam mencari rezeki yang halal.

Engkau juga sabar dalam mendidik kami agar kami menjadi anak yang soleh dan solehah.  

Ayahanda.. ibunda.. walaupun satu hari nanti saya akan berkahwin dan tidak lagi tinggal bersama ayahanda & ibunda, ayahanda adalah LELAKI TERBAIK dalam hidup saya, dan ibunda adalah WANITA terbaik dalam hidup saya. 

Semoga Allah memberkati dan merahmati both of you dari dunia hingga akhirat.

                                          Yang benar,
                                          Farah Elenna Sofiah @
                                          Wawa"


p/s: Hargailah kedua ibubapamu selagi mereka masih ada. Buatlah yang terbaik untuk mereka. Especially yg exam UPSR, PMR & SPM tahun ni ;)

#Ayat perenggan kedua terakhir tu dapat dari kawan. hehe :)      

Gambar time kecik-kecik. Bersama dengan ayah tercinta.



No comments:

Post a Comment