Saturday, 30 March 2013

Hargai Seseorang Selagi Dia Masih Ada :')



Assalamualaikum and hey you guys!

Lamaaa sudah tidak update blog ni. Maklumlah, sibuk sama camping & cuti.

Okey, berbalik kepada tajuk kita pada hari ini, saya ingin berkongsi sedikit tentang luahan hati saya. Tiba2 sahaja terlintas di fikiran saya untuk menceritakan cerita ini selepas azan Maghrib tadi.

Sebagai seorang Muslim, adalah perkara yg baik utk sntiasa mndoakan kesejahteraan sesiapa shja, oleh itu, setiap kali slps hbis solat atau hbis azan saya tidak lupa utk mendoakan kesejahteraan, kedua ibubapa sy, keluarga sy, rakan2 sy, guru2 sy, pejuang2 islam, utk rakyat palestin, dan juga.... untuk arwah datuk saya.

Tadi, selepas azan Mahgrib berkumandang, seperti biasa saya mendoakan orang2 yang sy sebutkan tadi. Tiba2, selesai shja sy berdoa utk arwah datuk sy, tiba2 saya teringat kembali bgaimana reaksi sy prtama kali bila dapat tahu arwah datuk saya telah meninggal. 

Okey. *tarik nafas, hembus, tarik, hembus*
Ok, bismillah, saya mahu ceritakan sedikit luahan hati saya yang hadir dari hujung lubuk hati saya,

bila saya ingat balik mula2 mcm mna arwah datuk saya pergi, sememangnya, sy menangis smpai lebam2 mata, siapalah yg x sedih dengan pemergian org yg trsayang,

Tapi...

Ada satu perkara yang saya kesal sblm arwah datuk saya pergi.

Satu perkara..

Saya menyesal sebab tidak sempat peluk arwah datuk saya & menyatakan yang saya sayang datuk saya dari dunia hingga akhirat.

Ya, saya rasa menyesal juga sebab saya rasa, saya tidak banyak memberi perhatian pada arwah datuk saya selama dia hidup.

Kalaulah saya tahu yang arwah akan pergi masa tu, saya akan peluk dia erat-erat dengan PENUH KASIH SAYANG DARI HATI SAYA.

Kalaulah saya tahu yang arwah atuk akan pergi masa tu, saya hanya mahu bersama dengannya sehingga ke akhir nafas yang terakhir. 

Dan.. saya ingin berkata pada arwah atuk, Atuk, saya minta maaf jika ada salah dan silap, semoga atuk baik2 shja di sana, jangan risau, kami di sini akan sentiasa mendoakan atuk agar atuk tenang di sana.  

TAPI APAKAN DAYA, Takdir ALLAH TIADA SIAPA YANG TAHU. 

Apa yang saya mampu lakukan sekarang hanya mendoakan agar arwah atuk tenang di sana.

Al-fatihah~



Oleh itu, nasihat saya pada kamu semua, hargai seseorang itu selagi dia masih ada, kerana apabila dia telah pergi, kamu akan merasaka betapa berharganya dia dalam hidup kamu. 

Yang baik dari Allah, yang buruk juga dari Allah tapi hanya diriku yang lemah.
Semoga bertemu lagi, Insyaallah..

Kurangkan maksiat, tingkatkan amal ibadah & ketaqwaan pada-Nya, perbaiki diri kita, semoga kita beroleh syurga-Nya. Aamiin~





No comments:

Post a Comment