Whoahh. Long time no bloggingggg. hahah. Btw, semoga semuanya sihat sejahtera sahaja. Aamiin.
Saya tahu selama ini, saya banyak pendam perasaan tidak puas hati saya sama certain of people. Especially sama old best friend saya.
Kerana rasa curious saya selama ini sama dia, mungkin sebab itulah saya terfikir dan menjangkakan macam-macam, sampai lah tiba-tiba ada perasaan tidak puas hati dan benci dalam hati.
I don't know, at first kalau ada orang buat kesalahan kecil. Saya boleh maafkan. Tapi bila saya teringat-ingat balik. Saya pandai kepanas ni.
Jadi, mulai hari ini. Saya ingin belajar untuk memaafkan kesalahan orang lain.
Walaupun susah pada mulanya, tapi perlahan-lahan lahkan. Mcm juga makan kan, mesti perlahan-lahan. Bukan satu kali terus mau suap di mulut.
"Rasulullah SAW bersabda:“Wahai ‘Uqbah, mahukah engkau aku beritahu akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling mulia? Iaitu, menyambung silaturahim dengan orang yang memutuskannya, memberi kepada orang yang tidak mahu dan tidak pernah memberimu, memaafkan orang yang pernah menzalimi dan menganiayamu.”(Hadis Riwayat Hakim)
Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang memberi kemaafan (ke atas kesalahan orang), padahal ia mampu bertindak balas (di atas perbuatan tersebut), Allah akan memaafkannya, dihari yang susah” (Riwayat Thobroni)
Walaupun ia agak susah pada mulanya, tapi Insyaallah dengan istiqamah dan niat kita yang baik, ia akan menjadi mudah. Dengan izin Allah Taala. Aamiin.
Orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain adalah orang yang lembut hatinya. Wallahualam :)